Altimet makin kelakar, gelar MK ‘Ketua Pemuda Permuafakatan Rappers Berumah tangga’

16 Aug 2023 • 4:09 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Nama penyanyi rap dan komposer terkenal, Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad menjadi perhatian ramai, terutama selepas pelatun lagu Amboi berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya.

Rancang untuk tawar banyak program agama

Baru sahaja menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Sharifah Haslizah Syed Ariffin, Altimet telah menerima banyak aduan daripada rakyat, lebih-lebih lagi warganet yang mengikuti platform Twitter miliknya.

Altimet yang telah menamatkan karier seni pada 2019 berkata, beliau juga mempunyai perancangan untuk menjadikan masjid ke arah yang lebih menarik dengan penganjuran lebih banyak program agama dan solat berjemaah.

image is not available

Terima kasih sudi luang masa

Dalam pada itu, ahli DUN Lembah Jaya berusia 44 tahun itu dilihat meluangkan masa selepas tamatnya kuliah agama dan berbincang bersama beberapa individu mengenai program kemasyarakatan yang boleh dilakukannya.

Menerusi ciapan dikongsikan, pengguna bernama Mohammad Faeez Harith turut berterima kasih atas kesudian Altimet duduk berbincang bersama.

“Terima kasih YB Syed Ahmad Al Haddad, Altimet sudi luang masa lepas kuliah tadi berbincang sedikit sebanyak apa yang boleh saya dan teman-teman bantu untuk program kemasyarakatan di tempat beliau nanti.
“Selamat berkhidmat!”ciapnya berserta foto bersama.

MK pun ada sekali!

Namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah ciapan berbentuk seloroh Altimet apabila dia memuat naik sekeping foto bersama rakan selebriti, MK K-Clique atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin bin Hamdan.

“Juga hadir Ketua Pemuda Permuafakatan Rappers Berumah tangga,”ciapnya Altimet.

Altimet makin kelakar sekarang ni

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet mengatakan pelatun lagu Kalau Aku Kaya sudah pandai membuat lawak jenaka di media sosial selepas memenangi kerusi DUN Lembah Jaya, baru-baru ini.

image is not available image is not available image is not available image is not available

image is not available

Datang tangan kosong je ke?

image is not available

Sumber: Twitter Altimet