Alto tetap yakin walau ‘tempang’

LocalFootball
4 Dec 2024 • 3:57 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: GL Oh

Kota Kinabalu: Jurulatih sementara Sabah FC Alto Linus yakin pasukannya yang ‘tempang’ mampu memperoleh keputusan positif dalam perlawanan pusingan kedua Liga Super menentang Kuching City FC di Stadium Negeri di Kuching malam ini (Rabu).

Pasukan itu mungkin terpaksa beraksi tanpa beberapa pemain pilihan pertama akibat kecederaan dan antara yang tersenarai ialah Gabriel Peres, Saddil Ramdani, Miguel Angel Garrido Cifuentes, Farhan Roslan, Kwan Ming Ko dan Darren Lok.

Disebalik masalah tersebut, Alto yakin pemain yang dia bakal diturunkan untuk perlawanan itu mampu melaksanakan tugas dengan baik.

“Ini bukan masalah besar buat kami kerana saya percaya ia akan memberi peluang kepada pemain lain dalam pasukan untuk menggalas tugas itu dan saya yakin mereka mampu melaksanakannya,” katanya.

SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Kota Kinabalu: Sabah Deepwater Production Manager at Sabah Shell Petroleum Company Limited (SSPC), Musti Juin from Kuala Penyu was recently awarded the 2024 PETRONAS Malaysia Upstream Unsung Hero Award in recognition for his strategic leadership and exceptional Health, Safety, Security and Environment (HSSE) performance. Read more Dia juga menolak tekanan keatas pemain untuk menundukkan pasukan yang berada dua tangga di bawah mereka di tangga kelima.

“Sudah tentu setiap pasukan yang berada di kedudukan liga yang lebih baik akan merasai tekanan tertentu untuk mengekalkan konsistensi mereka kerana pasukan di bawah akan sentiasa mencuba sedaya upaya untuk mendapatkan keputusan yang baik.

“Kami perlu akui Kuching City FC antara pasukan terbaik dalam Liga Super, tetapi kami akan kekal positif dan yakin.

“Kami mempunyai perancangan untuk perlawanan ini dan objektif kami adalah untuk melakukan segala yang kami mampu bagi mendapatkan keputusan yang baik, terutamanya bermain di tempat sendiri.”

Dia menambah bahawa dia akan kekal fokus untuk perlawanan malam ini dan tidak akan berfikir terlalu jauh menjelang perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia dengan Kuching FC pada 13 Disember di Kuching.

Sabah FC mempunyai rekod cemerlang menentang Kuching City, menang empat perlawanan dan seri sekali dalam lima pertemuan yang lalu, dan mereka telah memenangi perlawanan liga pusingan pertama 2-1 pada permulaan musim ini pada Mei di Stadium Likas.