Alumni PTD nafi keluar tuduhan terhadap KSN, KPPA

16 Aug 2023 • 4:58 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR - Persatuan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik (Alumni PTD) hari ini menafikan ada mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA).

Timbalan Presiden Alumni PTD, Tan Sri Nuraizah Abdul Hamid berkata, sebarang kenyataan yang dibuat oleh Alumni PTD adalah dikeluarkan melalui saluran rasminya iaitu Pejabat Urusetia Alumni PTD.

Beliau berkata, setiap kenyataan yang dibuat juga perlu melalui proses perbincangan dan tapisan tertentu serta ditandatangani Presiden Alumni PTD sendiri atau ahli-ahli jawatankuasa kerja yang ditugaskan bagi pihak presiden.

"Semua kenyataan rasmi Alumni PTD juga dikeluarkan di atas letter-head Alumni PTD. Oleh yang demikian, kenyataan yang dibuat bertarikh 14 Ogos itu jelas bukan datangnya dari Alumni PTD,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Isnin lepas, tular di media sosial satu kenyataan bertarikh 14 Ogos yang mengandungi pelbagai tuduhan terhadap KSN dan KPPA yang kononnya dikeluarkan Alumni PTD.

Nuraizah berkata, Alumni PTD yang ditubuhkan pada 1989 dengan terdiri daripada pesara PTD bertujuan untuk menjaga kebajikan ahli, membantu kerajaan dalam usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan awam dan memberi perkhidmatan kepada negara dan masyarakat.

"Aktiviti-aktiviti Alumni PTD adalah sentiasa positif dan konstruktif seperti forum, ceramah, perbincangan meja bulat, penerbitan dan kebajikan... Alumni PTD sentiasa bertindak profesional dan bertanggungjawab dalam segala urusannya, serta memberi perhatian kepada kepentingan ahli, rakyat dan negara," katanya. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved