Alunan Ayat-Ayat Suci Al-Quran Ahmad Azfar, Keluarga Jentik Hati Penonton 

LocalMusic
8 Aug 2025 • 12:52 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Alunan Ayat-Ayat Suci Al-Quran Ahmad Azfar, Keluarga Jentik Hati Penonton

Seperti yang diketahui, Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) 2025 telah membuka tirainya pada 2 Ogos dan bakal melabuhkan pada 9 Ogos 2025.

Acara yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur ini penuh mengimarahkan

Pada hari ke-5 MTHQA, Ahmad Azfar yang merupakan mantan Musabaqah Tilawah Al-Quran Mazamir Dawud Peringkat Antarabangsa 2022 di Algeria mencuri tumpuan ramai dengan alunan suara merdunya mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran.

Menerusi perkongsian video pengacara TV, Jalal Zaiki, memaparkan Ahmad Azfar segak bergaya memakai Baju Melayu lengkap di atas pentas.

Besar Dah Suara Azfar

Apa yang mencuri perhatian ramai adalah suaranya yang sudah ‘matang’, memandangkan anak lelaki keluarga Ustaz Azraie itu pernah menjuarai Musabaqah Tilawah Al-Quran Mazamir Dawud Peringkat Antarabangsa 2022 di Algeria pada usia 15 tahun.

Pun begitu, suaranya memukau penonton dengan alunan-alunan ayat suci dari Kalam Allah.

Turut bersama Azfar dia atas pentas adalah keluarga Ustaz Azraie yang menyemarakkan majlis ilmu itu dengan persembahan alunan ayat suci Al-Quran.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji dan kagum suara anak lelaki Ustaz Azraie itu dalam persembahan itu. Malah, sebahagiannya turut memuji dengan didikan Ustaz Azraie dalam keluargnya.

Berikut antara komen netizen;

@jalalzaiki77

Kalamun qadim mthqa 2025 ustaz azraie family

♬ original sound – Jalalzaiki – Jalalzaiki

“Bakal wakil Malaysia di Majlis tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa akan datang,”komen seorang pengguna.

“Tanda-tanda kita dah tua,” komen seorang lagi pengguna.

“Suka tengok family Ustaz Azraei,” luah seorang lagi

Bagi yang tidak mengetahui, Ahmad Azfar datang daripada keluarga yang mempunyai latar belakang hebat dalam bertaranum.

Azraie dan isterinya, Sarrul-Munirah Haris pernah dinobatkan Johan Qari dan Qariah Tilawah al-Quran peringkat negeri Melaka pada 2021.

Terdahulu, tular rakaman video di TikTok, mempamerkan reaksi Sheikh Ahmad Isa Al-Ma’syarawi semasa Ahmad Azfar mengalunkan bacaan ayat suci al-Quran.

Sumber: TikTok @jalalzaiki (1), (2)

View Original Article