Amah ditahan tanam mayat bayi di belakang rumah jiran

3 Jan 2024 • 2:01 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PETALING JAYA: Seorang pembantu rumah ditahan Ahad lalu susulan penemuan mayat bayi di belakang rumah di Taman Mutiara, Kangar pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Kangar, Yusharifuddin Mohd Yusop berkata warga Indonesia yang juga ibu tunggal 24 tahun itu ditahan polis sehari selepas seorang guru menemui mayat bayi lelaki di belakang rumahnya.

Katanya, lelaki itu membuat laporan selepas menemui mayat disyaki bayi berbungkus kain putih yang sudah berulat dan pemeriksaan polis mendapati bayi masih bertali pusat itu tertanam dalam tanah berkedalaman 0.127m atau 5 inci.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati mayat bayi itu adalah lelaki yang cukup sifat berukuran 46cm,” katanya menurut Harian Metro.

SPONSORED CONTENT Sabah International Convention Centre’s Big Sabah Sale a big hit Kota Kinabalu: The Sabah International Convention Centre’s (SICC) Big Sabah Sale which concluded on Sunday saw a good response with about 20,000 visitors during the three-day extravaganza. . Read more Beliau berkata, mayat bayi itu adalah anak suspek sendiri yang dilahirkannya di bilik air rumah di Taman Mutiara pada 20 Dis lalu, tetapi wanita terbabit menyedari tiada sebarang pergerakan ketika memandikan anaknya.

Katanya, suspek yang panik bertindak menggali tanah di belakang rumah jirannya pada 6.30 pagi 21 Dis lalu sebelum menanam mayat anaknya.

Yusharifuddin berkata, mayat bayi itu dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk dibedah siasat pada 31 Dis lalu.

Katanya, reman suspek yang berakhir hari ini dilanjutkan dua hari lagi sehingga Jumaat ini untuk disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.