Amah Indonesia Campak Nota Minta Tolong, Dilayan Seperti Binat*ng Oleh Majikan – “Tidur Di Balkoni, Dikunci Dari Dalam”

12 Jun 2024 • 4:48 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang amah yang dikurung di balkoni oleh majikannya berjaya diselamatkan daripada sebuah kediaman di kondominium di Mutiara Damansara, Petaling Jaya.

Wanita warga Indonesia itu diselamatkan oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

 

Balkoni jadi tempat tinggal

Menurut Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Soffian Santong, mangsa baru bekerja sejak seminggu lalu dan hanya dibekalkan bantal dan tilam serta dipaksa tidur dalam keadaan basah ketika cuaca hujan.

Mangsa tidak dibenarkan keluar dari balkoni rumah dan dikunci dari dalam sehingga dapat arahan untuk masuk bersihkan rumah.

image is not available

Hanya dibenarkan masuk pada jam 5 hingga 11 pagi, mangsa diarahkan mengemas rumah dan diarahkan berada di balkoni semula apabila selesai.

 

Campak nota minta tolong

Difahamkan, perbuatan majikan terbabit terbongkar selepas mangsa meminta bantuan dengan menulis di atas kertas dan mencampakkannya dari balkoni rumah tersebut.

Mangsa diberikan makan dan minum sebanyak tiga kali sehari oleh majikan berkenaan. Setiap hari mangsa akan dimarahi oleh majikannya dan akan dikurung.

image is not available

image is not available 2 months ago

(VIDEO) Anak Pelakon Terkenal Teruk Dikritik Tak Beradab, Beri Makanan Yang Dijilat Kepada Pembantu Rumah