Amalan perpaduan jamin keharmonian masyarakat: Jonathan

5 Jan 2024 • 2:25 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

RANAU: Hubungan baik dan amalan perpaduan dalam kalangan penduduk kampung dapat memastikan dan menjamin keharmonian dan keamanan masyarakat di kawasan ini.

Justeru itu, Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin menggesa penduduk di sini sentiasa memberi kerjasama kepada pemimpin peringkat kampung agar setiap masalah yang wujud dapat dibincang bersama.

“Kita perlu mengekalkan apa yang diwariskan oleh nenek moyang kita yang telah membentuk model terbaik untuk generasi kita hari ini dan seterusnya menyampaikan nilai-nilai ini kepada generasi akan datang.

“Sikap mengambil berat nilai persaudaraan antara satu sama lain tanpa mengira perbezaan antara kita adalah amalan terpuji yang membolehkan kita hidup aman damai hari ini.

SPONSORED CONTENT Sabah International Convention Centre’s Big Sabah Sale a big hit Kota Kinabalu: The Sabah International Convention Centre’s (SICC) Big Sabah Sale which concluded on Sunday saw a good response with about 20,000 visitors during the three-day extravaganza. . Read more “Pelihara nilai ini dan jaga agar generasi akan datang juga sedar betapa pentingnya perkara ini, kerana jika masyarakat berpecah-belah, maka tiada kemakmuran dapat dikecapi melalui perselisihan seperti itu,” katanya.

Jonathan berkata demikian ketika merasmikan sambutan Hari Keluarga dan Tahun Baharu 2024 di Kg Muhibbah, Lohan 1, dekat sini baru-baru ini.

Sementara itu, penduduk luar bandar di daerah ini dinasihatkan untuk memperkukuh perpaduan dan permuafakatan agar keharmonian dapat dikekalkan tanpa dibatasi oleh perbezaan kaum, agama dan politik.

Jonathan berkata, hanya melalui perpaduan dan keharmonian akan memudahkan kerajaan mengagihkan kemudahan infrastruktur yang memberi manfaat kepada penduduk kampung.

Dalam program itu, beliau meluluskan dana sebanyak RM15,000 dengan RM10,000 untuk pembaikan dan penyelenggaraan bangunan dewan manakala RM5,000 lagi untuk Pengurusan Taman Muhibbah.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.