‘Aman damai, terbaiklah!’ Ashraf Muslim muat naik gambar raya dengan dua isteri, keluarga bahagia jadi inspirasi warganet

Entertainment
2 May 2023 • 12:12 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

‘Aman damai, terbaiklah!’ Ashraf Muslim muat naik gambar raya dengan dua isteri, keluarga bahagia jadi inspirasi warganet

KEHADIRAN 1 Syawal disambut meriah, ramai mengambil kesempatan menyambut hari kemenangan ini di samping keluarga tercinta termasuk pelakon Ashraf Muslim.

Biarpun berpoligami, Ashraf berjaya memberikan kebahagiaan buat keluarga besarnya. Malah perkahwinan Ashraf bersama dua isteri yang harmoni sering menjadi perhatian warganet.

Suami kepada Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Wan Saburi itu berkongsi foto mereka sekeluarga memakai sepersalinan biru pastel dan kelabu berlatarkan keindahan desa.

image is not available

image is not available

“Assalamualaikum guys. Kita masih lagi bulan syawal ini. Masih belum terlambat lagi untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin kepada semua yang mengenali diri ini serta keluarga saya.

“Ampun maaf dipinta dengan kesilapan yang kami lakukan sebelum ini. Selamat hari raya!,” titip Ashraf.

image is not available

Hubungan baik antara kedua-dua orang isteri beliau dan anak-anak menjadi inspirasi. Warga maya mendoakan agar keluarganya bahagia selama-lamanya.

– “Happy family, untung ada madu yang baik. Anak-anak pun makin besar, cantik dan handsome. Alhamdulillah keluarga contoh.”

– “Aman damai, terbaiklah!”

– “Sarah makin cantik, tinggi pulak tu. Adam dan Anas dah macam kembar, handsome besar nanti ni, mesti ramai peminat macam ayahnya.”

Hasil perkongsian hidup Ashraf dengan Noor Dayana, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Anas Ashraf, 8.

Manakala bersama Wan Sakinah pula, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Sarah Ashraf, 9, Adam Ashraf, 8, dan Safiyyah Ashraf, 4.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.

View Original Article