Aman Palestin Kelantan kutip RM500,000 untuk sumbangan kepada rakyat Palestin

1 Nov 2023 • 3:37 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KOTA BHARU - Aman Palestin Kelantan berjaya mengutip sumbangan RM500,000 setakat ini bagi membantu rakyat Palestin yang semakin terhimpit kehidupan mereka akibat kekejaman rejim Zionis.

Pengurus Cawangan Aman Palestin Kelantan Mohd Salmi Mohamed berkata sumbangan itu jelas menunjukkan keprihatinan rakyat Kelantan yang bersolidariti demi kemanusiaan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima sumbangan RM3,811 daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Kelantan yang diserahkan oleh Timbalan Pengarah Veterinar Kelantan (Pengurusan) Mohd Ridzuan Sulaiman, di sini hari ini.

Orang ramai boleh memberikan sumbangan tunai kepada rakyat Palestin dengan menyalurkannya terus kepada Aman Palestin menerusi pelbagai cara sama ada secara tunai, secara perbankan dalam talian, atau sistem kod respon pantas (QR). - 1 November, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved