Amanah umum barisan pengerusi negeri baharu

Politics
14 Feb 2024 • 2:22 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (Amanah) mengumumkan barisan pengerusi Amanah negeri melibatkan gandingan penyandang dan tokoh baharu bagi memantapkan pentadbiran parti itu.

Setiausaha Agung Amanah Muhammad Faiz Fadzil berkata barisan kepimpinan baharu itu akan membantu memantapkan pentadbiran parti di semua peringkat bagi mengukuhkan jentera menghadapi pilihan raya umum akan datang serta meningkatkan sokongan rakyat kepada Kerajaan Perpaduan.

Menurutnya pelantikan itu selaras dengan peruntukan Perlembagaan Amanah (Pindaan 2023) yang menyerahkan pelantikan pengerusi Amanah negeri kepada budi bicara Jawatankuasa Pimpinan Nasional (JKP) Amanah.

“Pelantikan yang dibuat ini telah melalui proses syura yang merupakan prinsip utama dalam pentadbiran Amanah dengan mengambil kira pandangan akar umbi di peringkat kawasan-kawasan bagi memastikan amalan demokrasi terus subur,” katanya dalam kenyataan yang dikongsi menerusi akaun Facebook Amanah hari ini.

Berikut adalah senarai Pengerusi Amanah Negeri:

1. Johor: Aminolhuda Hassan

2. Kedah: Mohd Asmirul Anuar Aris

3. Kelantan: Adly Zahari

4. Melaka: Datuk Ashraf Mukhlis Minghat

5. Negeri Sembilan: Datuk MK Ibrahim Abd Rahman

6. Pahang: Mohd Fadzli Mohd Ramly

7. Perak: Datuk Asmuni Awi

8. Perlis: Wan Kharizal Wan Khazim

9. Pulau Pinang: Muhammad Faiz Fadzil

10. Sabah: Lahirul Latigu

11. Sarawak: Abang Abdul Halil Abang Naili

12. Selangor: Izham Hashim

13. Terengganu: Mohd Hasbie Muda

14. Wilayah Persekutuan: Khalid Abd Samad - Bernama