AmanahRaya Agih Bubur Lambuk Menerusi Program Rezeki Ramadan 1445H

21 Mar 2024 • 10:39 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

AmanahRaya Agih Bubur Lambuk Menerusi Program Rezeki Ramadan 1445H

Kuala Lumpur,19 Mac 2024 — Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) hari ini meneruskan tradisi agihan bubur lambuk kepada pelanggan yang berkunjung di Ibu Pejabat dan Cawangan Kuala Lumpur. Edaran turut diadakan secara konsep ‘Pandu Lalu’ kepada orang ramai yang menggunakan laluan Jalan Melaka dan Jalan Ampang.

image is not available
Pegawai-pegawai Kumpulan AmanahRaya mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai sekitar Jalan Melaka dan Jalan Ampang di ibu kota.

Sebanyak 800 set bubur lambuk dan air mineral diagihkan pada kali ini menerusi program Rezeki Ramadan 1445H yang merupakan insitiatif AmanahRaya dalam memenuhi tanggungjawab sosial korporat (CSR).

image is not available
Ketua Pegawai Perniagaan Kumpulan, Encik Jack Yap Ngee Heong turut membuat agihan bubur lambuk.

image is not available
Pengarah Urusan Kumpulan AmanahRaya, Encik Ahmad Feizal Sulaiman Khan mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai.

Pengarah Urusan Kumpulan AmanahRaya, Ahmad Feizal Sulaiman Khan yang turut serta dalam program tersebut berkata ‘program Rezeki Ramadan ini merupakan platform komunikasi di antara AmanahRaya dengan masyarakat sekitar selain daripada mengambil keberkatan sempena bulan Ramadan yang mulia ini.’ Tambah beliau lagi, ‘kami percaya ia merupakan inisiatif terbaik yang perlu dicontohi oleh semua pihak bagi mendekati masyarakat selaras dengan konsep Malaysia Madani iaitu bagi melahirkan masyarakat penyayang dan ambil peduli.

image is not available
Pengarah Urusan Kumpulan beserta pengurusan dan kakitangan AmanahRaya turut menjayakan program Rezeki Ramadan anjuran syarikat.

Program agihan tersebut yang bermula pada jam 4.00 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang turut dihadiri oleh barisan Pengurusan bersama lebih 100 orang pegawai Kumpulan AmanahRaya.