Amanahraya Investment Management Laksana Ibadah Korban Bersama Lembaga Zakat Selangor

19 Jun 2024 • 5:23 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

Amanahraya Investment Management Laksana Ibadah Korban Bersama Lembaga Zakat Selangor

Dengkil, 18 Jun 2024 – Amanah Raya Investment Management Sdn Bhd (ARIM) telah menunaikan ibadah korban sebagai salah satu inisiatif tanggungjawab sosial korporat kepada masyarakat sekitar Kampung Jenderam Hulu, Sepang, Selangor, sempena Aidiladha ini.

Program yang diadakan di Masjid Ar-Redha Kampung Jenderam Hulu tersebut diadakan dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS) di mana ARIM telah menaja tiga (3) ekor lembu untuk dikorbankan dan daging korban berkenaan telah diagihkan kepada lebih 300 orang golongan B40 penduduk sekitar Kampung Jenderam Hulu. Sementara itu, 21 orang Asnaf berpeluang mendapat manfaat atau menjadi peserta korban tajaan ARIM tersebut.

Seramai lebih kurang 110 orang tenaga kerja turut serta menjalankan ibadah korban yang terdiri daripada kakitangan ARIM, LZS dan pihak masjid serta orang kampung setempat.

image is not available

Ketua Pegawai Eksekutif ARIM, Mohamad Shafik Bin Badaruddin dalam kenyataannya berkata, ‘program CSR ini diadakan bertujuan untuk, memupuk nilai-nilai murni dan sifat kemasyarakatan dalam konteks memberi dan menerima, selain dapat mengeratkan ikatan silatulrahim dalam kalangan penyumbang dan penerima sumbangan apabila semua yang hadir bergotong–royong melakukan ibadah korban.’

image is not available

Hadir sama dalam program tersebut ialah Encik Ahmad Fadhil Bin Hasan, Ketua Pegawai Operasi LZS, Encik Mohd Razlan Mohamed, Pengerusi ARIM, Encik Ahmad Feizal Sulaiman Khan, Pengurus Besar Kumpulan AmanahRaya dan barisan pengurusan ARIM bersama 20 kakitangan Pegawai ARIM juga 40 Pegawai LZS.