
SANDAKAN: Seorang lelaki berusia 58 tahun yang melakukan amang seksual fizikal terhadap cucu rakannya, dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun.
Hakim Mahkamah Sesyen Zaini Fishir @ Fisal menjatuhkan hukuman itu terhadap Otuh Absarin, yang mengaku bersalah melakukan kesalahan itu terhadap remaja perempuan berusia 11 tahun itu dengan memasukkan jarinya ke dalam alat sulit mangsa pukul 3 petang pada 2023 di sebuah rumah, di sini.
AdvertisementKesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Mahkamah memerintahkan Otuh menjalani hukuman penjara itu dari tarikh dia ditangkap dan tiada sebatan dikenakan ke atasnya disebabkan usianya.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Mahkamah diberitahu bahawa kejadian itu berlaku semasa mangsa berada di rumah Otuh untuk bermain dengan cucunya yang merupakan rakan mangsa.
Apabila cucu perempuannya tertidur, Otuh menarik dan memaksa mangsa untuk duduk di atas sofa sebelum dia melakukan kesalahan seksual itu terhadap mangsa.
AdvertisementSusulan laporan polis yang dibuat mangsa, Otuh ditahan pada 8 Feb tahun ini di sebuah rumah di sini.
Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Azizi Hamil tampil untuk pendakwaan manakala Otuh tidak diwakili.


