Amang seksual: Lelaki kena 7 tahun

4 Feb 2023 • 5:07 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SANDAKAN: Seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun yang melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak dipenjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, Jumaat.

Tertuduh mengaku bersalah di hadapan Hakim Zaini [email protected]

Dia didakwa melakukan serangan seksual terhadap kanak-kanak berumur 10 tahun itu dengan menyentuh kemaluannya (mangsa) di dalam bilik rumah tertuduh di sini, kira-kira jam 8.10 pagi 20 Jan lalu.

Mahkamah diberitahu, mangsa dibawa pulang ke rumah tertuduh di mana tertuduh menanggalkan seluar mangsa dan seterusnya memeluk mangsa dari belakang sebelum menyentuh kemaluan mangsa.

Tuduhan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 itu memperuntukkan

hukuman penjara maksimum 20 tahun dan juga boleh disebat, jika sabit kesalahan.

Tertuduh diperintah menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 20 Jan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ng Juhn Tao, manakala tertuduh tidak diwakili.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.