Amang seksual: polis selesai ambil keterangan artis terkenal

LocalPolitics
6 Jun 2025 • 2:38 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR – Polis Selangor selesai merakam keterangan ke atas seorang artis terkenal yang didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun, baru-baru ini.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, siasatan mendapati perlakuan itu adalah yang pertama kali dilakukan suspek terhadap mangsa yang dikenali beberapa bulan lepas.

“Suspek dan mangsa yang juga pelajar telah berkenalan sejak satu atau dua bulan lepas. Mereka pernah berhubung dan ini kali pertama suspek bawa mangsa ke hotel.

“Ini juga kali pertama suspek melakukan amang seksual,,’’ katanya, lapor Bernama hari ini.

Pada Selasa, media melaporkan seorang pelakon dan penyanyi terkenal ditahan polis selepas didakwa melakukan amang seksual ke atas remaja perempuan di sebuah hotel di Selangor.

Dalam pada itu, Hussein memberitahu suspek telah ditahan dan dirakam keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Beliau berkata kertas siasatan hampir lengkap dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut. - 6 Jun, 2025