
Kota Kinabalu: Seorang guru muzik berusia 35 tahun, yang dijatuhi hukuman penjara 28 tahun dan lapan sebatan atas empat pertuduhan menyebabkan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun empat tahun lalu, menyaksikan penjara 12 tahunnya bagi setiap pertuduhan, disahkan untuk berjalan serentak pada Khamis.
Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Supang Lian, yang bersidang bersama Datuk Collin Lawrence Sequerah dan Datuk Wong Kian Kheong pada Khamis sebulat suara menolak rayuan Darrel Nicholas Kinson terhadap empat sabitan itu.
Mahkamah memutuskan tiada sebab luar biasa bagi mahkamah untuk campur tangan berhubung semua penemuan fakta serentak dan mahkamah berpuas hati bahawa sabitan itu adalah selamat.
Mengenai rayuan Darrel terhadap hukumannya, Mahkamah membenarkan sebahagiannya untuk hukuman penjara selama 12 tahun itu sahaja dan memerintahkannya berjalan serentak bermula Khamis dan mengekalkan lapan sebatan yang dikenakan ke atasnya.
SPONSORED CONTENT Sinyi Group Founder, Chou Chun-Chi, Wins 2024 Asia Pacific Enterprise Award and Expands Sustainable Tourism Ventures in Sabah, Malaysia Kota Kinabalu: The 2024 Asia Pacific Enterprise Awards, hosted by Enterprise Asia, aims to recognize the most outstanding business leaders and organizations in the Asia-Pacific region. Read more Dalam kes ini, perayu adalah pesalah pertama, tiada kekerasan digunakan oleh perayu dalam melakukan empat kesalahan tersebut, kata mahkamah.
“Sekiranya kami mengesahkan semua hukuman penjara 28 tahun, ini akan memberi kesan buruk kepada pesalah pertama… perayu. Ini bertentangan dengan prinsip totaliti,” kata mahkamah.
Mahkamah memetik keputusan Mahkamah Rayuan dalam satu kes yang telah diputuskan bahawa mahkamah mesti mempertimbangkan keseluruhan hukuman penjara bagi pesalah pertama, kerana hukuman penjara yang terlalu berat akan memberi kesan yang membebankan.
“Oleh itu, kami memerintahkan semua hukuman penjara 12 tahun berjalan serentak bagi keempat-empat kesalahan itu,” kata mahkamah.
Pada 5 Mac 2020, Darrel didapati bersalah dan disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas perbicaraan penuh atas keempat-empat pertuduhan yang dihadapinya kerana menyentuh alat sulit kanak-kanak lelaki itu; putting, mencium mulutnya dan turut membuatkan kanak-kanak lelaki terbabit menyentuh bahagian sulitnya antara jam 4.30 petang dan 5.30 petang pada 1 Jun 2018 di sebuah sekolah muzik, di sini.
Darrel dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun bagi setiap pertuduhan yang tertakluk di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Dia dijatuhi hukuman penjara dua tahun lagi serta dua sebatan bagi setiap pertuduhan sebagai hukuman tambahan di bawah Seksyen 16(2)(c) Akta sama, yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan sekurang-kurangnya dua kali sebatan rotan jika sabit kesalahan, apabila, serangan seksual tersebut dilakukan oleh seseorang yang mempunyai hubungan amanah dengan mangsa, memandangkan dia adalah guru kepada budak tersebut.
Mahkamah Sesyen memerintahkan hukuman penjara bagi pertuduhan pertama dan ketiga dijalankan serentak, sementara hukuman penjara bagi pertuduhan kedua dan keempat juga dijalankan serentak, serta hukuman penjara bagi pertuduhan pertama dan ketiga dijalankan secara berturutan dengan hukuman penjara bagi pertuduhan kedua dan keempat, menyebabkan Darrel akan menjalani hukuman penjara selama 28 tahun.
Mahkamah Tinggi menolak rayuan Darrel terhadap keputusan Mahkamah Sesyen pada 30 Jan 2023.
Darrel dibebaskan dengan jaminan selepas Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi memberikan penangguhan pelaksanaan hukuman terhadapnya.
Dia diwakili peguam Edward Paul manakala Timbalan Pendakwa Raya Zander Lim hadir untuk pendakwaan sebagai responden di Mahkamah Rayuan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
