
Kota Kinabalu: Seorang bapa lima anak berusia 37 tahun dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan dikenali sembilan kali sebatan rotan kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap dua anak perempuannya.
Hakim Mahkamah Sesyen Ahmad Faizadh Yahaya menjatuhkan hukuman itu terhadap pekerja kilang terbabit selepas dia mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan pilihan yang ditawarkan kepadanya pada Jumaat.
Lelaki itu dihukum penjara empat tahun dan tiga kali sebatan rotan bagi setiap pertuduhan dan kesemua hukuman diperintahkan berjalan secara berasingan bermula dari tarikh tangkapan pada 18 Julai 2023.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Mahkamah turut memerintahkan lelaki itu menjalani kaunseling pemulihan sepanjang tempoh hukuman penjara serta diletakkan di bawah pengawasan polis selama tiga tahun selepas selesai menjalani hukuman.
Bagi pertuduhan pertama dan kedua, dia melakukan kesalahan itu terhadap anak perempuannya yang berusia 10 tahun dalam dua kejadian berasingan.
Bagi pertuduhan ketiga, kesalahan dilakukan terhadap anak perempuannya yang berusia lapan tahun.
Kesalahan itu dilakukan di rumah mereka di Felda Umas, di sini, pada 2021 dan 2022.
Kesemua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14(a) dan Seksyen 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Lelaki itu yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Haikal Hazwan Md Yatim memohon mahkamah mengenakan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan bagi setiap pertuduhan dengan mengambil kira kepentingan awam serta hubungan tertuduh dengan mangsa.
Muhammad turut berhujah bahawa kedua-dua mangsa merupakan anak kandung tertuduh yang sepatutnya dilindungi, bukannya menjadi mangsa seksual kepada bapa sendiri.



