Amang seksual: Warga emas dipenjara 9 tahun

15 Jun 2023 • 4:33 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 62 tahun dipenjara sembilan tahun dan dikenakan satu sebatan selepas dia didapati bersalah melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun, empat tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesi Ummu Kalthom Abdul Samad menjatuhkan hukuman itu kepada Mohd Herman Pawawo pada Rabu.

Ummu dalam menyampaikan keputusannya, memutuskan bahawa Herman gagal menimbulkan keraguan terhadap kes pendakwaan, dan oleh itu, pendakwaan telah membuktikan kesnya di luar keraguan munasabah.

Herman telah disabitkan kesalahan itu kerana meraba belakang kanak-kanak itu pada pukul 11.30 pagi 13 Okt 2019 di sebuah kedai runcit di Manggatal, berhampiran di sini.

SPONSORED CONTENT Shell’s Access to Energy helps power lives of isolated communities in Sabah Kota Kinabalu: In 2017, Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC) launched Access to Energy (A2E), a Shell Social Investment programme aimed at providing affordable and continuous supply of electricity from renewable sources for communities who live without connection to the electricity grid. Read more Kesalahan di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 itu, membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Ummu memerintahkan hukuman penjara berjalan dari tarikh tangkap Herman pada 13 Okt 2019.

Ummu juga memerintahkan Herman menjalani kaunseling pemulihan semasa tempoh pemenjaraan dan diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun selepas hukumannya selesai.

Peguam P.J Perira yang mewakili Herman meminta hukuman ringan dan berjalan dari tarikh tangkapnya, dengan sebab ia adalah kesalahan pertamanya dan tidak mempunyai rekod sabitan terdahulu, selain tertuduh merupakan warga emas yang mengalami penyakit diabetes teruk serta mempunyai tiga anak dan tiga cucu.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Nur Faezah Jafry yang menggantikan DPP Siti Hajar Mazlan untuk pendakwaan, memohon hukuman berbentuk pencegahan sebagai pengajaran kepada Herman dan orang ramai secara umumnya bahawa ia satu kesalahan yang serius.

Nur Faezah berkata, sebagai warga emas, Herman sepatutnya melindungi mangsa serta menunjukkan contoh yang baik kepada mangsa dan bukannya melakukan jenayah seperti itu terhadapnya.

Dia juga memohon untuk Herman menjalani pemulihan kaunseling di bawah Seksyen 26 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak itu, dan diletakkan di bawah pengawasan polis mengikut Seksyen 27 Akta sama selepas hukumannya selesai.

Lapan saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan memberi keterangan dalam perbicaraan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.