Amar Baharin kongsi perkembangan kesihatan Amyra Rosli, selamat jalani pembedahan: 'Berehat ye sayang, dunia dah semakin tenat'

EntertainmentHealth & Fitness
27 Jan 2026 • 11:06 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

PELAKON Amar Baharin memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya yang berkongsi situasi kesihatan isterinya, Amyra Rosli.

Dalam perkongsian itu, bapa kepada sepasang cahaya mata itu memberitahu bahawa isterinya mengalami komplikasi apendiks.

Pun begitu, pelakon wanita tersebut sudahpun selamat menjalani pembedahan dan kini sedang berehat.

image is not available

"Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah, Kau permudahkan pembedahan isteriku.

"Berehatlah ye sayang. Dunia dah semakin tenat.

"Semoga ALLAH membalas kebaikan kamu-kamu yang mendoakan dengan kebaikan dan sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada fitnah kehidupan dan kematian," ungkap sang suami menerusi kapsyennya.

Perkongsian yang disertakan dengan dua keping gambar duta jenama Siti Khadijah di hospital dan meraih perhatian ramai.

Rata-rata warganet menitipkan doa supaya wanita berkenaan diberikan kesembuhan serta dipermudahkan segala urusan.

"Semoga Amyra diberikan kesembuhan sepenuhnya, aamiin."

"Syafakillah buat Amyra, bidadari Amar. Cepat-cepat sembuh.."

"Alhamdulillah.... semoga ALLAH permudahkan segala urusan dan memberi kesembuhan pada sakit Amyra."

"Semoga anakanda Amyra cepat pulih dan kembali sihat walafiat."

Dalam hantaran lain, Amar turut menitipkan doa buat isteri tersayang.

image is not available

"Apabila kamu menghadiri (menziarahi) orang sakit, maka katakanlah perkara-perkara yang baik. Ini kerana, malaikat akan mengaminkan setiap yang kamu ucapkan (Riwayat Muslim; 919).

"Ya ALLAH, Kau kuatkan isteriku. Kau ringankan sakitnya. Kau kurniakan kesembuhan dan ketenangan hatiAmin," ujarnya lagi.

Sebelum itu, Amyra sempat berkongsi foto di set penggambaran dengan kapsyen, 'Before surgery, muka tak relax, apendiks tengah bengkak.'

Walaupun dalam keadaan tidak sihat, dia tetap profesional menjalankan tugasnya dengan meneruskan penggambaran.