Amaran air pasang besar hingga Jumaat, penduduk pesisir pantai diminta waspada

LocalEnvironment
17 Feb 2026 • 3:04 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 17 FEB: Fenomena Air Pasang Besar dijangka berlaku hari ini hingga 20 Februari berpotensi menyebabkan limpahan air laut ke kawasan daratan serta meningkatkan risiko banjir di kawasan rendah.

Pusat Hidrografi Nasional (PHN) menasihatkan penduduk yang tinggal di pesisir pantai supaya sentiasa berwaspada, memantau perubahan paras air laut serta mengikuti maklumat rasmi dikeluarkan pihak berkuasa tempatan dan agensi berkaitan.

Berdasarkan Jadual Pasang Surut Malaysia 2026, paras air laut di Stesen Pelabuhan Klang dijangka mencecah antara 4.8 hingga 5.23 meter sepanjang tempoh berkenaan, dengan bacaan tertinggi diramal pada 19 Februari.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut dan jadual pasang surut edisi 2026 menerusi laman web rasmi PHN.