Amaran Banjir! Ini Lapan Daerah Di Selangor Yang Dikenal Pasti Sebagai ‘Hostspot’ Banjir

20 Sep 2022 • 11:42 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Seperti yang diketahui umum, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan bahawa negara akan mengalami hujan lebat berterusan yang bakal membawa kepada banjir besar pada pertengahan November ini.

Terbaru, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Perdana Menteri ada memuat naik hantaran di laman Facebook rasmi mereka mengenai tempat-tempat yang dikatakan bakal menjadi ‘hotspot’ banjir di seluruh negara.

Lapan daerah di Selangor dikenalpasti sebagai ‘hotspot’ banjir

Di Selangor, lapan daripada sembilan daerah iaitu Klang, Petaling, Gombak, Hulu Langat, Sepang, Kuala Langat, Sabak Bernam dan Kuala Selangor dikenal pasti sebagai “hotspot” banjir manakala daerah Hulu Selangor tidak disenarai sebagai “hotspot” banjir.

Menerusi hantaran dibuat NADMA itu, “hotspot” berkenaan ditentukan berdasarkan kekerapan banjir lebih tiga kali dari tahun 2019 hingga 2022 dengan kesemua kesembilan daerah di Selangor itu diletakkan sebagai berisiko banjir.

Sekiranya orang ramai ingin mendapatkan senarai terperinci kawasan ‘hotspot’ banjir, boleh merujuk laman Facebook rasmi Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri.

Kredit: Facebook NADMA

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media