
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan empat negeri, sehingga jam 10 pagi ini.
Menurut METMalaysia, negeri berkenaan adalah Perlis, Kedah, Perak dan Sabah.
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perlis, selain Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap dan Pendang)
“(Selain itu) di Perak (Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar) serta Tawau, Sabah,” katanya menerusi Facebook.
METMalaysia memaklumkan, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter (mm) per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – Getaran, 14 Oktober 2022
