
Amaran Cuaca Buruk Di Kebanyakan Kawasan – METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan hingga 9 malam, hari ini.
Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.
Selain itu, keseluruhan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak serta WP Labuan juga dijangka mengalami keadaan serupa.
“Di Kelantan, daerah terlibat adalah Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang, manakala Terengganu membabitkan daerah Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.
“Di Pahang, daerah terlibat adalah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh dan Bera, manakala Selangor membabitkan daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.
“Di Negeri Sembilan pula, daerah terlibat adalah Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin, manakala Johor membabitkan daerah Segamat, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bharu,” maklum METMalaysia.
Sementara itu, daerah terlibat di Sarawak adalah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong), Sarikei (Pakan, Julau dan Meradong), Sibu, Kapit (Song), Bintulu dan Limbang.
Manakala di Sabah, daerah yang terlibat adalah Pedalaman, Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau), Tawau dan Sandakan (Tongod dan Telupid).
Orang ramai diminta waspada
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
BACA: Sampai Pakai Mic, Berdekah Tengok Abang Courier ‘Seru’ Owner Parcel
BACA: Jangan Sesekali Tanya Atau Beritahu ChatGPT 5 Perkara Ini
BACA: Ramai Buat, 5 Tabiat Buruk Ni Sebenarnya Boleh ‘Rosakkan’ Otak
Sumber: METMalaysia
The post Amaran Cuaca Buruk Di Kebanyakan Kawasan – METMalaysia appeared first on Siakap Keli.



