Amaran cuaca buruk di tujuh negeri

LocalEnvironment
23 Jun 2026 • 1:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Amaran cuaca buruk di tujuh negeri
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan beberapa kawasan di tujuh negeri.

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan beberapa kawasan di tujuh negeri sehingga jam 4 petang pada Selasa.

MetMalaysia menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada jam 12 tengah hari memaklumkan, kawasan terlibat ialah seluruh negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

Menurut agensi itu, di Perak, kawasan yang dijangka terjejas ialah Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Perak Tengah serta Kampar.

“Di Pahang, amaran melibatkan Tanah Tinggi Cameron.

“Bagi Sarawak pula, kawasan terlibat ialah Kapit meliputi Kapit, Bukit Mabong dan Belaga, selain Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri (Beluru, Miri dan Marudi) serta Limbang,” katanya.

MetMalaysia turut memaklumkan amaran sama dikeluarkan bagi beberapa kawasan di Sabah, namun maklumat lanjut tertakluk kepada kemas kini semasa agensi berkenaan.

Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dan mendapatkan maklumat cuaca terkini menerusi laman sesawang rasmi MetMalaysia, aplikasi myCuaca serta saluran media sosial rasmi agensi itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved