Amaran cuaca panas: Gombak antara sembilan kawasan cecah 37 darjah Celsius

LocalEnvironment
3 Mar 2026 • 10:06 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 3 MAC: Gombak tersenarai antara sembilan kawasan yang dikeluarkan amaran cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook, MetMalaysia memaklumkan lapan lagi kawasan terlibat ialah Perlis; Kubang Pasu, Padang Terap, Sik dan Baling di Kedah; Pasir Mas di Kelantan; serta Tangkak dan Segamat di Johor.

“Suhu maksimum harian di kawasan terbabit dijangka mencecah antara 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut,” kata kenyataan itu.

Semua maklumat terkini berhubung status cuaca panas harian boleh dirujuk menerusi pautan https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas

Februari lalu, MetMalaysia memaklumkan cuaca Monsun Timur Laut (MTL) yang bermula pada 13 November tahun lalu dijangka berterusan sehingga Mac 2026.

Menurut MetMalaysia, ketika ini negara berada dalam fasa kedua MTL yang lazimnya dicirikan oleh taburan hujan yang rendah serta keadaan cuaca panas, khususnya di negeri-negeri utara Semenanjung.

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved