Amaran Hujan Berterusan Di 2 Negeri – METMalaysia

5 Feb 2025 • 6:37 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Amaran Hujan Berterusan Di 2 Negeri – METMalaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan yang diramal berlaku di Sarawak dan Sabah.

Menurut METMalaysia, hujan lebat berterusan (tahap buruk) dijangka berlaku di Sarawak, melibatkan daerah Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu) dan Mukah sehingga 7 Februari (Jumaat).

“Selain itu, hujan berterusan (tahap waspada) dijangka berlaku di Sarawak, membabitkan daerah Sri Aman (Sri Aman), Sarikei (Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau), Bintulu dan Miri (Subis dan Miri) sehingga 7 Februari (Jumaat).

“Di Sabah pula, keadaan serupa dijangka berlaku di daerah Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat sehingga 8 Februari (Sabtu),” maklum METMalaysia.

Justeru, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Sumber: METMalaysia