Amaran Hujan Berterusan Di Kebanyakan Negeri Di Semenanjung Sehingga Esok

2 Dec 2022 • 3:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Hujan lebat berterusan dijangka berlaku di Kelantan dan Terengganu manakala hujan berterusan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Hulu Perak), Kelantan (Gua Musang), Terengganu (Kemaman), Pahang (Jerantut, Kuantan dan Pekan) - Gambar Fail

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan di kebanyakan kawasan di Semenanjung sehingga esok. 

MetMalaysia menerusi kenyataan hari ini memaklumkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku di Kelantan dan Terengganu manakala hujan berterusan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Hulu Perak), Kelantan (Gua Musang), Terengganu (Kemaman), Pahang (Jerantut, Kuantan dan Pekan).

Menurut jabatan itu, petang ini dijangka berlaku ribut petir di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Kedah, Negeri Sembilan, Johor dan beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak.

Hujan diramal malam ini di seluruh negara kecuali di beberapa kawasan di Sarawak (Kuching, Serian dan Samarahan) dan Sabah (Tawau) manakala ribut petir dijangka berlaku di Sandakan dan Kudat.

Esok, hujan dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Johor dan beberapa lokasi di Sabah (Pantai Barat, Sandakan dan Kudat).

Pada petang Sabtu, ribut petir diramal di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Kedah, Negeri Sembilan, Johor serta beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak.

Pada Ahad (4 Disember) MetMalaysia menjangka berlakunya hujan pada sebelah pagi di Perlis, Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan beberapa kawasan di Sabah.

Pada petang dan malam pula diramal ribut petir di kebanyakan kawasan di seluruh negara. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved