Amaran hujan berterusan di Kelantan, Terengganu mulai esok

30 Nov 2023 • 4:21 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

KUALA LUMPUR, 30 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu mulai esok hingga Ahad ini.

Menurut kenyataan MetMalaysia, kawasan terlibat di Kelantan ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang dan Pasir Puteh.

Di Terengganu kawasan terlibat ialah Besut, Setiu dan Kuala Nerus, demikian menurut kenyataan itu.

– BERNAMA