Amaran hujan berterusan di Perlis, Kedah

16 Oct 2022 • 1:16 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 16 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di seluruh Perlis dan sebahagian Kedah hari ini hingga esok.

Menurut kenyataan MetMalaysia yang dikeluarkan pada 11.45 pagi tadi, kawasan di Kedah melibatkan sekitar Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena dan Padang Terap.

Amaran hujan berterusan (waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan/ribut petir sedang/dijangka berlaku melebihi 6 jam dalam tempoh berkenaan di sesuatu kawasan.

— BERNAMA