Amaran hujan berterusan di Sabah ditamatkan

10 Jan 2023 • 4:27 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah yang dikeluarkan tengah malam Ahad lepas, kini ditamatkan.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan tiada potensi hujan berterusan di negeri itu berdasarkan analisis model-model cuaca.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan itu.-Bernama