
Amaran Hujan Berterusan di Sarawak dan Sabah Hingga Akhir Januari. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan berterusan di dua negeri, Sarawak dan Sabah, yang dijangka berlangsung sehingga Khamis, 30 Januari 2025.
Menurut kenyataan MetMalaysia, Sarawak dijangka mengalami hujan lebat berterusan tahap buruk di kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song), Bintulu (Tatau dan Bintulu), dan Miri (Subis dan Miri) sehingga Khamis ini. Manakala kawasan Kapit (Kapit), Bintulu (Sebauh), dan Miri (Beluru dan Marudi) diramalkan menerima hujan berterusan pada tahap waspada.

Di Sabah pula, kawasan yang terlibat termasuk Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran, dan Sandakan), serta Kudat. Semua kawasan ini dijangka mengalami hujan berterusan tahap waspada sehingga Rabu, 29 Januari 2025.
Orang ramai di kawasan terlibat dinasihatkan untuk sentiasa berjaga-jaga dan mengikuti perkembangan terkini cuaca daripada MetMalaysia. Langkah berjaga-jaga seperti mengelakkan kawasan yang mudah banjir dan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan adalah amat disarankan bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini.
Baca lagi artikel lain :




