Amaran hujan berterusan di Sarawak, Pahang, Johor hingga esok

5 Mar 2023 • 11:27 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

image is not available
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Ahad mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan (Buruk) yang dijangka berlaku di Sarawak iaitu di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman dan Betong (Pusa and Betong) sehingga esok.

MetMalaysia juga pada 10.35 pagi ini mengeluarkan amaran hujan berterusan (Waspada) yang dijangka berlaku di Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit) dan Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu) di Sarawak, juga sehingga esok.

Sementara itu amaran hujan berterusan (Waspada) itu juga dikeluarkan bagi kawasan di Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin) dan Johor (Kluang, Mersing dan Kota Tinggi). - Bernama