Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Terengganu, Pahang

LocalEnvironment
26 Nov 2024 • 3:46 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya di Terengganu dan Pahang berkuat kuasa sehingga 29 November ini.

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap bahaya di Terengganu dan Pahang berkuat kuasa sehingga 29 November ini.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip dalam satu kenyataan berkata, lokaliti terlibat di Terengganu merangkumi Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman manakala di Pahang meliputi Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan serta Rompin.

Selain itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk di enam negeri iaitu Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor yang turut berkuat kuasa sehingga 29 November ini.

Kawasan yang tersenarai di Kedah ialah Padang Terap, Sik dan Baling manakala di Perak hanya di Hulu Perak dan keseluruhan Kelantan.

“Di Terengganu meliputi Besut, Setiu, Kuala Nerus serta Kuala Terengganu, Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Temerloh dan Bera) dan Johor (Mersing),” kata kenyataan itu pada Selasa.

Pada masa sama, MetMalaysia juga mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di tujuh negeri.

“Ia melibatkan kawasan-kawasan seperti Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang, Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar).

“Seterusnya, Pahang (Raub dan Bentong), Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) serta Sabah di Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) juga Kudat,” jelas kenyataan itu.

MetMalaysia memaklumkan orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi Jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved