Amaran hujan berterusan tahap buruk di Pantai Timur hingga 23 November

LocalEnvironment
20 Nov 2024 • 6:57 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk di Kelantan, Terengganu dan Pahang sehingga 23 November ini. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk di Kelantan, Terengganu dan Pahang sehingga 23 November ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan lokaliti terlibat di Kelantan merangkumi Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai manakala di Pahang meliputi Jerantut, Kuantan, Pekan serta Rompin.

Selain itu, MetMalaysia turut mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan tahap waspada di Kelantan, Pahang serta Mersing dan Kota Tinggi di Johor juga sehingga 23 November ini.

Kawasan yang tersenarai di Kelantan ialah Gua Musang manakala di Pahang, melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran dan Bera.

"Amaran Hujan Berterusan tahap waspada turut berkuat kuasa bermula 23 sehingga 25 November di Sabah melibatkan kawasan seperti Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat,” menurut kenyataan itu.

MetMalaysia memaklumkan orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi Jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi Jabatan. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved