Amaran Hujan Berterusan Tahap Waspada Di 6 Negeri

LocalEnvironment
17 Dec 2024 • 1:56 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Amaran Hujan Berterusan Tahap Waspada Di 6 Negeri

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang diramal berlaku di enam negeri.

Menurut METMalaysia, negeri yang terlibat termasuklah negeri Pahang serta keseluruhan negeri Kelantan dan Terengganu, dijangka berterusan hingga 19 Disember ini.

“Di Pahang, daerah yang terlibat membabitkan Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin,” tulis METMalaysia.

Selain itu, negeri Johor, Sarawak dan Sabah juga diramal bakal dilanda cuaca buruk ini, bermula 19 hingga 22 Disember.

“Di Johor, daerah yang terlibat adalah Mersing dan Kota Tinggi.

“Di Sarawak pula, daerah yang terlibat termasuklah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu) dan Mukah.

“Manakala, di Sabah membabitkan Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat,” tambah METMalaysia.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Sumber: METMalaysia