
Amaran Hujan Berterusan Tahap Waspada Di Dua Negeri
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang diramal berlaku di beberapa kawasan di dua negeri hingga 29 Disember (esok).
Menurut METMalaysia, hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di beberapa kawasan melibatkan negeri Pahang dan Johor.
“Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin) manakala Johor (Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi) sehingga Isnin, 29 Disember 2025,” maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
https://web.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid02CzA2UiKi2hhftGhNg9wPuf6s2mn5A38mvsCpYhDRKLfsNPUWwGa127rPrSWSYRtxl
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia
The post Amaran Hujan Berterusan Tahap Waspada Di Dua Negeri appeared first on Siakap Keli.


