Amaran hujan berterusan tahap waspada di dua negeri

LocalEnvironment
24 Nov 2026 • 5:01 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Amaran hujan berterusan tahap waspada di dua negeri
Amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di dua negeri hingga Jumaat ini. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Kelantan dan seluruh Terengganu hingga Jumaat ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan di Kelantan, kawasan yang terlibat ialah Pasir Puteh, Bachok, Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas, Machang dan Tanah Merah.

Menurut MetMalaysia, analisis terhadap model ramalan cuaca menunjukkan luruan angin timuran dijangka berlaku di timur Semenanjung hingga Jumaat ini, yang berpotensi membawa hujan berterusan di kedua-dua negeri sepanjang tempoh itu.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman sesawang dan media sosial rasmi MetMalaysia serta aplikasi mudah alih myCuaca. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved