
Amaran Hujan Berterusan Tahap Waspada Di Empat Negeri – MetMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang diramal berlaku di beberapa kawasan di empat negeri hingga bermula 25 hingga 29 Disember ini.
Menurut METMalaysia, hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di beberapa kawasan melibatkan negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.
“Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Kelantan melibatkan daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang dan Pasir Puteh. Manakala seluruh negeri Terengganu juga tidak terkecuali dalam tempoh Khamis, 25 Disember 2025 sehingga Ahad, 28 Disember 2025,” maklum kenyataan itu.
Amaran sama juga dikeluarkan beberapa daerah di Pahang seperti Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin selain Johor di Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi bermula Jumaat hingga Isnin ini.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid0BiL18HYX1HbDEB71nPt49mBRiY5CSbGWhEkySsapKn1hSduBtHYjqiKNG3mQ24ZWl
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia
The post Amaran Hujan Berterusan Tahap Waspada Di Empat Negeri – MetMalaysia appeared first on Siakap Keli.




