Amaran hujan berterusan tahap waspada di empat negeri mulai 4 hingga 6 Januari

2 Jan 2025 • 12:34 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 2 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di seluruh Terengganu mulai 4 hingga 6 Januari ini.

Amaran hujan berterusan tahap waspada juga diramal melanda hampir seluruh daerah di Kelantan iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Di Pahang, daerah dijangka menerima hujan dalam tempoh sama ialah Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin selain Mersing dan Kota Tinggi di Johor.

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved