Amaran hujan berterusan tahap waspada di Pahang, Johor, Sarawak hingga esok

20 Jan 2024 • 1:07 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

KUALA LUMPUR, 20 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa lokaliti di Pahang, Johor dan Sarawak hingga esok.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan lokaliti terlibat ialah Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang, manakala Johor membabitkan Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Sementara itu, amaran hujan berterusan tahap waspada itu turut dikeluarkan bagi Sarawak yang melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah dan Bintulu.

— BERNAMA