Amaran Hujan Berterusan Tahap Waspada Di Pantai Timur Sehingga Rabu

27 Nov 2023 • 5:29 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) — Beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu dan Pahang dijangka mengalami hujan berterusan bermula hari ini hingga Rabu (29 Nov).

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan amaran tahap waspada dikeluarkan bagi Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh di Kelantan berikutan perkembangan cuaca itu.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terenggganu, Marang, Dungun dan Kemaman di Terengganu manakala di Pahang membabitkan Kuantan dan Pekan.

Menurut MetMalaysia, orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai cuaca terkini melalui aplikasi mudah alih myCuaca atau melayari lawan web dan media sosial rasmi jabatan itu.

Talian hotline MetMalaysia 1-300-22-1638 juga boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan.

Sumber: BERNAMA