
Amaran Hujan Berterusan Tahap Waspada Di Tiga Negeri – METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di tiga negeri hingga 24 Mac, Isnin ini.
Menurut METMalaysia, beberapa kawasan di negeri Kelantan dan seluruh negeri Terengganu dijangka hujan antara 23 Mac hingga 24 Mac.
Manakala di beberapa kawasan di Sabah pula sehingga hari Sabtu, hari ini.
“Di Kelantan, beberapa daerah yang diramal adalah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang dan Pasir Puteh.
“Beralih di Sabah, kawasan yang terlibat seperti Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat,” maklum METMalaysia.
Justeru, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid02FreqeKf1gCPbkvSYQ8LwgWecucbc3aAaC927oerXs5TZgZ8xTpNSurZhWSqk5xUil
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia
The post Amaran Hujan Berterusan Tahap Waspada Di Tiga Negeri – METMalaysia appeared first on Siakap Keli.



