
Amaran Hujan Berterusan Tahap Waspada Di Tiga Negeri – MetMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang diramal berlaku di beberapa kawasan di tiga negeri hingga Jumaat, 19 Disember (esok).
Menurut METMalaysia, hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di beberapa kawasan melibatkan negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.
“Hujan berterusan dijangka berlaku di beberapa daerah di negeri Kelantan seperti Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang.
“Manakala di Terengganu pula melibatkan Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.
“Selain itu, amaran hujan berterusan turut dikeluarkan di beberapa daerah di Pahang termasuk Kuantan, Pekan dan Rompin,” maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
https://web.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid02oTgJA4owo6ff4KZSMVRQ4NznCE1nJYR9isoEe15YuJ2gGL5hpzFPpJv1FH3g55tNl
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia
BACA: Jumlah Mangsa Banjir Meningkat Mendadak Di Pahang, Johor Dan Terengganu Pagi Ini
BACA: Keadaan Terkini Banjir Di Kuantan, Air Hampir Cecah Paras Bumbung Rumah
BACA: Malaysia Rekod 198,992 Kematian Pada 2024, “Ischaemic Heart Diseases” Punca Utama
The post Amaran Hujan Berterusan Tahap Waspada Di Tiga Negeri – MetMalaysia appeared first on Siakap Keli.



