Amaran hujan lebat, angin kencang di Sepang hingga 6 petang

13 Apr 2023 • 3:50 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM,13 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melanda Sepang di Selangor hingga 6 petang.

Menerusi kenyataan di Facebook, amaran turut dikeluarkan di Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Kota Setar, Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu) dan Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan).

Cuaca sama diramal melanda Melaka, Perak (Kerian dan Larut, Matang Dan Selama), Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Rembau) dan Johor (Kluang, Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved