Amaran hujan lebat berterusan di Kelantan, Terengganu hingga esok

30 Nov 2024 • 1:35 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KUALA LUMPUR, 30 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan hingga esok di Kelantan, Terengganu dan Perak.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka berlaku di Kelantan khususnya di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang di Terengganu juga diramal mengalami hujan lebat berterusan dalam tempoh sama.

Hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di Perak (Hulu Perak), Kelantan (Gua Musang) dan Terengganu (Dungun dan Kemaman).

— BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved