Amaran hujan lebat berterusan di Pahang, Johor hingga esok

6 Jan 2024 • 3:33 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

KUALA LUMPUR, 6 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan melibatkan timur Pahang dan Johor sehingga esok.

MetMalaysia dalam kenyataannya turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora sehingga Isnin.

Jabatan itu memaklumkan ia susulan penumpuan angin timuran yang dijangka berlaku di Pahang, Johor, Sarawak dan timur Sabah sehingga Selasa, sekali gus menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan di kawasan terbabit.

– BERNAMA