
Hujan lebat, ribut petir dan angin kencang diramal akan berlaku di beberapa negeri sehingga jam 9 malam ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan bahawa keadaan cuaca itu akan berlaku di seluruh negeri Perlis dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Di Kedah, hujan dijangka akan melanda kawasan Kubang Pasu, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.
Manakala di Perak pula, ia melibatkan kawasan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
Bagi negeri Kelantan, hanya satu daerah dijangka hujan lebat iaitu di Gua Musang.
Selain itu, hujan turut diramal di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Temerloh, Maran dan Kuantan di negeri Pahang.

Di Selangor dan Negeri Sembilan, masing-masing hanya melibatkan satu daerah iaitu di Klang dan Jempol.
"Hujan juga akan melanda Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang dan Pontian di Johor," kata MetMalaysia.
Beralih ke Sarawak, hujan dijangka melanda daerah Kuching, Bintulu, Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.
Manakala di Sabah membabitkan Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort) dan Pantai Barat (Putatan).
"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," kata MetMalaysia lagi.



