Amaran Hujan Lebat Di 6 Negeri, 2 Wilayah Petang Ini

LocalEnvironment
19 Mar 2026 • 4:19 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Amaran Hujan Lebat Di 6 Negeri, 2 Wilayah Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di enam negeri dan dua Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 6 petang ini.

Menerusi satu kenyataan, MetMalaysia berkata amaran membabitkan seluruh WP Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Selain itu, hujan lebat diramal berlaku di Kedah iaitu di Kulim dan Bandar Baharu.

Di Perak, keadaan itu dijangka membabitkan daerah Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

Bagi negeri Pahang pula, Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Raub diramal terlibat.

Hujan lebat dan ribut petir juga akan melanda Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang di negeri Selangor.

Baca juga:

Beralih ke Sarawak, Sri Aman, Betong (Pusa, Saratok dan Kabong), Sibu (Selangau), Mukah (Mukah), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.

Manakala di Sabah pula melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Nabawan) dan Tawau (Tawau).

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," kata MetMalaysia.