
Amaran Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Tengah Hari
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di beberapa negeri sehingga jam 12 tengah hari.
Menerusi kenyataan di Facebook, keadaan cuaca itu akan melanda seluruh negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Selain itu, hujan lebat juga dijangka akan berlaku di Perak iaitu di daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak.
Di Selangor pula, hanya daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang dan Kuala Langat yang terlibat.
Beralih ke Sarawak, ia melibatkan daerah Mukah dan Miri (Subis dan Miri).
Manakala, di Sabah pula melibatkan daerah Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Tawau dan Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan) dan Kudat (Pitas dan Kudat).
Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.
The post Amaran Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Tengah Hari appeared first on Siakap Keli.



