Amaran Hujan Lebat Di 7 Negeri Petang Ini

LocalEnvironment
20 Nov 2025 • 1:32 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Amaran Hujan Lebat Di 7 Negeri Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan bahawa hujan lebat, ribut petir dan angin kencang diramal akan melanda tujuh negeri sehingga jam 4 petang ini.

Menerusi kenyataan itu, MetMalaysia berkata hujan lebat akan berlaku di negeri Perak iaitu di Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Batang Padang.

Selain itu, di Terengganu pula hanya melibatkan daerah Dungun dan Kemaman.

Bagi negeri Pahang, daerah yang terlibat ialah Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin.

Manakala, di Selangor hanya melibatkan daerah Sabak Bernam dan Johor pula hanya daerah Mersing.

BACA JUGA: Monsun Timur Laut Berterusan Hingga Mac Depan – MetMalaysia

Beralih ke Sarawak, daerah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Sarikei (Sarikei, Julau dan Meradong), Sibu (Sibu), Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu), Kapit (Song), Bintulu (Bintulu), Miri (Subis, Miri dan Marudi) dan Limbang terlibat.

Bagi negeri Sabah pula, ia melibatkan daerah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

Sumber: Malaysian Meteorological Department

The post Amaran Hujan Lebat Di 7 Negeri Petang Ini appeared first on Siakap Keli.